Semoga tidak lagi wujud manusia2 yang menyimpan ilmu, rahsia demi rahsia hanya utk diamalkannya sendiri...Aku sangat kagum dengan blogger2 yang tidak 'kupit' dan ikhlas menurunkan ilmu terutama dalam bidang masakan, resepi2 yang diberi semuanya menjadi, takdelah tipu cam dlm sesetengah buku resepi yang kdg2 bhn tertinggallah, sukatan salahlah dan pelbagai lah...lah lagi...moga blogger ini mendapat pahala yang berterusan selagi ilmu yang mereka perturunkan digunakan dan hidup mereka lebih diberkati, insyaAllah...
Satu kisah, moga jadi teladan...
A: Sedaplah biskut yang kau buat nih...nak resepi boleh tak?
B: Alah senang je, campur mentega, tepung, gula, telur...uli2, terap, bakar jadi lah.
A: Ishhh, takde sukatan ke...aku tak reti kalau main agak2 je
B: Alahhh...campak2 je lah
A: Risau kena campak dalam 'cik bin' jer nanti
B: Errr...sebenarnya resepi tuan guru aku tak bagi kongsi lah , kalau nak,. kena berguru...ada bayaranlah sikit...
A: (Mata terkebil2...Tertunduk sedih kerana dia tidak mampu utk pergi ke kelas masakan)
**Andai si A dapat resepi biskut tersebut, dia buat dan biskut tsb menjadi dgn jayanya...bagi suami dan anak2 dia makan...pastu dia sentiasa membuat biskut tsb kerana digemari akan kesedapannya,. beri lak pada jiran2 merasa...aduhai, banyak pahala si B akan dapat...si A perturun pula resepi tersebut kepada rakan2 yang lain,.. mampukah kita menghitung aliran pahala si B ini? MasyaAllah...senangnya dapat pahala yang berterusan walaupun si B sudah meninggalkan dunia ini ...Ingatlah bilamana meninggal seorang anak adam itu, maka terputuslah segala-galanya kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain **
[ Jangan mare guru2 kelas masakan, ini tiada kena mengena dgn anda sekiranya kelas anda merupakan sumber pendapatan anda...anda juga tergolong orang yang berkongsi ilmu...Moga orang yang berkongsi ilmu dalam bidang apa jua pun, mendapat ganjaran syurga Firdaus, amin )
![]() |
| Sumber : Google Image |
